Rasanya ramai di kalangan rakyat Malaysia yang mengalami masalah resdung. Yang membezakannya pula adalah kritikal atau tidak kritikal simptom yang dihadapi. Seorang rakan Wa juga mengalami masalah resdung yang agak kronik. Setiap pagi mesti bersin tak henti-henti suaranya pula hingga sengau sebab banyak lendir dan matanya mula kemerahan bila bersin tak henti. Katanya banyak produk yang dicuba secara traditional mahupun modern. Ubatan hospital pula hanya dapat meredakan tiap kali telan ubat atau spray hidung namun keesokannya berulang kembali. Kalau tak silap Wa solusi untuk penyakit resdung yang kronik mengikut prosedur hospital hanyalah pembedahan. Bercakap mengenai pembedahan mesti semua kecut perut kan. Pembedahan biasanya menjadi pilihan terakhir setelah pelbagai rawatan tidak berjaya.
Antara Simptom Resdung
- Mudah Bersin (Hidung sensitif pada cuaca sejuk dan habuk)
- Kerap Bersin atau bersin tanpa henti
- Sakit Kepala
- Hidung Berair
- Demam
Punca-punca Resdung
- Alergi
- Selaput lendir yang sering keradangan punca mukus tersumbat (suara jadi sengau)
- Imun sistem tubuh lemah
.
Shbt Wa nie mula amalkan manjakani bila disarankan.. Dia amalkan secara konsisten dan minum air banyak.. Kalau kita ambil apa2 supplemen mmg perlu minum dengan bnyk supaya segala Khasiatnya dapat dialirkan keseluruh tubuh utk daptkn kesan optimum.. Selepas sebulan dia rasakan perubahan pada suaranya, sudah tidak sengau lagi. Selain tu pagi-pagi tidak lagi kerap bersin. Matanya juga tak merah macam biasa.
.
Alhamdulillah dengan izin Allah dia berjaya mengatasi masalah resdung dengan khasiat dari manjakani.
.
Manjakani kaya dengan Tannin, Vitamin A & C, Kalsium & Gallic Asid, Fiber, Protein & Karbohidrat. Selain itu, manjakani juga mengandungi unsur yang berkaitan dengan ubat penggerut kulit, anti-kuman, anti-fungus, anti-parasit & anti radang.



